Tuesday, October 27, 2009

Rutin Harian....Luahan Hati

Salam....
Tergerak hati saya yang kongsi bersama apa yang saya lalui disepanjang minggu dari 17 - 25/10/2009, pada saya amat menarik memandangkan peperiksaan dah dekat....tapi kerja macam nak mati...
Pada 17/10/2009, saya bersama anggota telah ditugaskan menjaga Kuil Buddha Kau Ang Yah di Bandar Baru Ampang yang mengadakan sembahyang bagi mencuci dosa bagi kaum Cina yang berugama Buddha. ia juga dikenali sebagai Sembahyang 9 Dewa dan dijalankan 17 - 27/10/2009 dimana semua penganut ugama Buddha seluruh negara, Singapura dan Thailand datang untuk membersihkan diri mereka. Ini adalah penugasan pertama kali coz sebelum ni dah ada pengalaman jaga Thaipusam di Batu Caves...Taklimat dan penerangan dari Pegawai Medan diberi tentang perkara yang terjadi sebelum ini dan yang dijangkakan, amat menarik dan mencabar juga dalam hati saya berkata sebab ini lain sikit tugasnya dan tambah lagi satu beban. Sebelum ni dah jaga 2 jawatan iaitu Ketua Cawangan Pencegah Jenayah dan Ketua Cawangan Tatatertib..tugas yang lain kena jalankan juga, tak pe la...

Seawal jam 9pm, lepas raya rumah En. Sadek, terus menuju lokasi...meriah dengan lautan manusia, malam pertama dan  tokong dewa diarak dari Bukit Belacan ke kuil tersebut diringi dengan tarian naga. Macam-macam gelagat orang yang kami jumpa.. Alhamdulillah tak ada perkara buruk terjadi..
Yang nak gelak tu, masa tugas ada yang offer colok cina untuk saya bakar, termenung kejap tapi buat selamba je ambil dan bagi kat orang lain, nak buat mcmana muka dah sama brand mcm dia orang...terpikir juga saya, masjid pun kadang-kadang miss..ni nak pi pulak jaga tempat Cina...dah tugas nak buat mcmmana.
Dan pada malam seterusnya, dah jadi rutin jam 9pm sehingga awal pagi jam 3am ada kat sana. Memang ramai yang datang malam sebab mungkin siang mereka bekerja dan cuaca panas kot..
Yang paling mencuit hati, ada dua perkara iaitu kepala gangster pun datang dengan kumpulannya untuk membersihkan diri juga,,,hai...pandai juga nak buat baik.
Satu lagi yang datang lepas jam 12am hingga 3 pagi, majoritinya GRO dan wanita yang tengah pening keluar dari kelab malam dan pusat hiburan, pakaian tak usah nak cakap mcm tak pakai baju pun ada, nak keluar biji mata tengok walaupun dah pukul 3 pagi.....!!!!!itu hanya selingan dan hiburan masa kerja je...kalau tak tension la. Dalam hati saya berkata, Patut la sami kat dalam tu ketuk gendang dan baca doa kejap kuat, kejap perlahan...mana tak nya mata dah ke lain tengok mcm-mcm ada yang datang, silap hari bulan boleh lucut juga jubah kuning yang dia orang pakai kalau tak kuat.....he..he..

Dalam masa seminggu ni ada juga buat tangkapan, itu pun untuk pencegahan sahaja kerana tugas kali ni amat sensitif, maklumlah dalam kawasan kuil, nanti jadi isu pulak nak sembahyang pun tak boleh....susah-susah????Kalau nak ikutkan banyak yang boleh di cekup masa tu...
Rutin tugas sepanjang minggu ni ada yang menyeronokkan mcm yang dinyatakan tadi tapi yang paling menyakitkan bila team lain yang spatutnya tugas sekali tak nampak batang hidung pun. Sepatutnya ada 4 team yang involve tapi asyik muka kami je kat sana...tak tau lah sebab masa taklimat, semua ketua team ada..lepas tu main wayang mcm bangsawan cina...sakitnya hati bila memikirkan..tapi bos tak nampak sebab masa meeting setiap pagi, masing-masing pandai berlakon..ada juga manusia mcm ni dan hidup pulak tu..kita yang bersengkang mata ni orang tak nampak...
memang tak adil tapi itu la hakikatnya di dunia ni, sape yang pandai berlakon akan hidup laaa..tapi satu je, Tuhan Yang Maha Esa tahu apa yang kita buat.....

Dalam pada tu juga, ada juga call dari Pusat Kawalan untuk bantuan buat follow up dan tangkapan kes menarik, tak tahu laa, dah kena tugas mcm ni pun kena lagi....dah mcm tak ada orang lain yang patut dihubungi...tak kira pukul berapa, yang mereka tau dah maklum dan ada tindakan...itu saje yang bos nak tahu..kalau tak dalam meeting, tahan telinga je la...
Baru sekarang rasa kerja polis yang betul-betul mencabar, macam2 kerenah dan cabaran...pada rakan yang lain, kalau nak rasa betul kerja polis, duk la dalam Cawangan Jenayah, baru ada uumphhh..masa tu baru kita tau masa tu emas coz kalau kita tanguh tak tahu apa yang akan datang lagi...
Salute pada Brother Harun Bai yang dah lama duk cawangan ni....banyak pengalaman...pada yang dah ada elaun Detektif tu, turun la ke ground,  jangan sembang je tinggi tapi duk kat ofis tebalkan mekap?????Pada yang nak rasa macamana yang saya rasa, jangan segan silu, bagi je nama, nanti saya usahakan.........

Hari Jumaat 23/10/2009, baru sampai rumah dari kelas, kena pangil coz anak buah dapat tangkap student Unisel beli pil estacy sebanyak 40 biji, terus menghala coz perlukan pegawai untuk serbuan ke rumah tempat dia beli, tangkap 2 lelaki melayu yang tak sedar diri coz umur dah 60 dan 50 tahun, jadi pengedar pulak..mana tak anak melayu tak rosak, semuanya ambil jalan pintas nak kaya dan jahanam....betul kata Dr. Mahathir, Melayu Mudah Lupa......

Hari Ahad 25/10/09, disamping tugas kuil, saya lead team buat serbuan tempat orang Indon main judi dan laga ayam di Kg. Pandan. Ni pun satu dah la menumpang kat sini, hari-hari berjudi...besar kepala pulak tu..
Lepas taklimat dgn anggota, saya terus menuju lokasi dengan anggota dan senjata tambahan iaitu rotan sorang satu yang ukuran lebih kurang 3-4 kaki panjang sebesar lengan budak..senang nak sesah sebab nak tembak tak boleh.Masuk je ke target, tengok ramai lebih kurang 50 - 60 orang tengah main judi dan lag ayam, fuuuh.... sronok je bila tengok masing2 lari nak selamatkan diri, nak gelak pun ada tengok ada yang panjat bumbung dan pagar...maklumlah orang takut, mestilah lari mcm nak mati..
Hasil serbuan dapatlah tangkap 10 orang, ayam 10 ekor dan 8 biji motor yang tak kunci handle, itu yang kami termampu je tangkap...Sampai diofis, mcm2 talipon masuk dan pak lurah datang nak minta tolong, biasa la dia orang ni bukan boleh bagi muka sangat,,,buat tak layan sebab dia orang tak kenal saya..tu yg bagusnya...Lepas sessi dokumentasi, semua masuk report kecuali ayam je....jadi saya buat keputusan bagi anak buah sorang seekor, suruh bela, ada yang tak nak. So saya bawa balik 3 ekor dan kalau sape yang nak bela ayam laga, inform laaa. Kadang-kadang seronok juga bila ada kejayaan dalam kerja yang dilaksanakan...hilang penat..

Begini la rutin harian saya dalam penugasan..setiap pagi masuk meeting sampai tengahari, ada call kena attend tak kira waktu, masa tidur dan family amat terhad..bukan apa nak kongsi bersama je kesusahan, kepayahan, kesengsaraan dan cabaran di ground...agar satu hari nanti  tuan/puan tak akan menerima kejutan bila bertukar ke Cawangan Jenayah di bandar besar...Lagi satu yang boleh menguatkan semangat saya ialah keluarga yang amat memahami tugas saya terutama isteri, anak-anak serta ibu dan abang. .Mungkin ada hikmahnya disebalik cabaran dan kesusahan yang saya alami...

Pohon maaf sekiranya apa yang diluahkan ini menyinggung perasaan, tetapi ini adalah hakikatnya bila kita di naikkan pangkat, akan memikul tangung jawab yang lebih....cabarannya amat luas dan berat...dimata orang memang seronok bila mendapat kejayaan dalam kerjaya, pelbagai pujian dan ucapan diterima tetapi sendiri yang menanggungnya.....Wassalam

Kelas dan exam....

Salam....
Pada 17/10/2009, hadir bersama wan untuk ambil special exam coz tak dapat hadir kuliah..bernasib baik kerana diberi peluang oleh Cik Hisyam setelah rayuan diterima. Jutaan terima kasih atas keperihatinan Cik..kalau tak tak tahu la nak cakap apa, exam kat Stadium dan masa tu dapat la lihat sessi interview intake student baru..macam2 pengajaran dan keletah yang boleh dilihat dan dijadikan pengajaran bagi diri saya sendiri...kesusahan untuk memohon menjadi student dan persaingan dikalangan mereka untuk mengejar ilmu. Timbul kesedaran atas diri yang mana tanpa disedari dah 7 semester berlalu dan usia semakin meningkat, tapi untuk mengejar dan menambah ilmu tidak ada titik noktah, cuma kemahuan dan usaha yang akan memberi kejayaan.
Pada malam tersebut, saya menghadiri jamuan Hari Raya di rumah Kordinator Baru En Sadek, sempat berjumpa dengan En. Borhan, E. Hasbullah dan E. Hisyam..kami sempat berbual tentang perkembangan semasa pembelajaran dan hal student PLK PDRM, dari komen yang diberikan amat postif tentang group kami iaitu kumpulan pertama dalam semester akhir iaitu semester 7. Ada yang komen takkan ada lagi dan jumpa kumpulan yang macam kami, terlalu istimewa ke kami sehingga rata2 semua memberi komen yang positif...rasanya pada saya tidak, kami semua sama saja dengan group yang lain cuma dikalangan kami ramai yang telah berusia dan matang, kematangan dan dorongan dari keluarga, Lecturer dan pucuk pimpinan PDRM menyebabkan kami masih berada dalam kelumpuk ini.
Saya masih ingat lagi dimana kami bermula dari 20 orang dan alhamdulilah tinggal 18 yang setia dan berpegang kepada janji kami semasa di semester 1, pesanan dari mereka-mereka yang telah berusaha keras mengadakan program dan peluang untuk kami melanjutkan pelajaran masih segar dalam ingatan. Nama-nama seperti Dato' Zubaidah, Puan Rosniah, En. Khairul, En. Borhan, En Ali, Mantan Dekan Prof Anuar, En. Sadek dan lain-lain yang tak dapat disebutkan  amat besar jasa kepada kami dan kalau tidak kerana galakan dan dorongan mereka, kami tidak sampai ketahap sekarang ini...dan saya juga tidak akan mencapai ke tahap sekarang ini jika tidak kerana program dan peluang yang diberi oleh mereka yang disebut tadi.
Nama-nama Lecturer seperti:-
Semester 1- 7
1. Prof Mustafa Yen                                              
2. Puan Norlizah
3. Ustaz Ramawan
4. Puan Norliza (Lecturer Bel)
5. Ustaz Md Dani
6. Cik Azlina Zid
7. En. Raja Firhad
8. En Hamdan
9. En. Khaizani
10. Cik Maizan
11. En. Norazhan
12. En. Badrul
13. En. Rahizam
14. Mr. Tan Chee Hian
16. En. Md Sadek
17. En. Nor Asrudin
18. En. Hasbullah
19. En. Khairul
20. Prof Dr Kmawe
21. En. Hisyam
22. En. Hosni
23. Puan Maizatul
Sekiranya ada nama yang tertinggal, pohon maaf...JUTAAN TERIMA KASIH DARI SAYA...BUDI DAN JASA TUAN/PUAN AKAN DIKENANG SAMPAI BILA-BILA DAN HANYA TUHAN SAHAJA YANG DAPAT MEMBALASNYA......

Akhir kata dari saya, semuga apa yang di cita-citakan akan tercapai berkat usaha yang gigih dan dorongan...

WASSALAM.....

Thursday, October 15, 2009

Ujian Notting.....

Salam..
Pada 10/10/09, kelas di tepi kolam renang Uitm.Ujian notting telah diadakan oleh Cik Hisyam bersama fasi yang lain.. boleh tahan juga coz nak mengingatkan balik teknik ikatan yang telah diajar sebelum ini..pelbagai ikatan termasuklah yang direka sendiri pun ada,selepas itu, kami dipecahkan kepada 3 kumpulan untuk buat pelbagai teknik rintangan. Kumpulan kami ditugaskan membuat 'low rope' dan berjaya walaupun tali yang dibekalkan boleh buat dua kali. Selepas itu semua sekali akan melalui rintangan yang dibuat, mencabar juga tapi berkat bantuan dari rakan-rakan, berjaya melepasi halangan????
Apa pun enjoy juga dengan pengalaman yang kami lalui pada kelas tersebut...
Sekali lagi diucapkan terima kasih kepada Cik Hisyam & brader fasi yang sama-sama bekerja keras semasa sessi tersebut.. Minggu ni 17/10/2009..ada exam pula...huuuh, lepas tu final..kepada semua good luck for the final exam..all the best..Happy Deepavali..

Sunday, October 4, 2009

Selamat Hari Raya....

Salam..
Tak terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin....
Dah 1 minggu raya baru dapat cuti...tu pun uruskan hal keluarga di JB..Sorry tak dapat join kelas dan jamuan raya di Maktab tempoh hari.
Pada mereka yang dapat bercuti dan dah mula bertugas..selamat bertugas dengan penuh semangat..maklumla dah raya sakan..kerja la pulak...Pada yang senasib dengan saya(x dapat cuti raya) tahun depan kita pulun pulak cuti...
Apa2 pun kelas kena teruskan...final exam dah dekat....Wasalam

Saturday, September 26, 2009

Kelas Orienteering

Salam..
Kelas orienteering pada 12hb Sept di Maktab PDRM amat menteronokkan walaupun hadir last minute....
Memang amat mencabar dimana kumpulan kami Senyum pada peringkat awal meletakkan tanda untuk dicari oleh kumpulan lain dan kemudian atas arahan Cik Hisyam kami bertukar dengan kumpulan yang lain dan berjaya juga walaupun lambat dan menduduki carta kedua rasanya....!!!
Sorry tak dapat mengulas secara panjang lebar lagi....ngantuk....
Akhir kata dengan ingatan tulus ikhlas, Salam Aidil Fitri dan Selamat Hari Raya Puasa....Maaf Zahir dan Batin dari Fadzli@Apai dan keluarga......

Tuesday, September 8, 2009

SETTING DAH UBAH

Sahabat - sahabat sekalian bolehlah meninggalkan comment di blog saya ini..  Harap maaf di atas sebarang kesulitan untuk meninggalkan komen sebelum ini.. Harap Maklum

Monday, September 7, 2009

Abseiling.....Huuuuh

Hari yang ditunggu dah tiba.....pagi lagi kawan2 dah sms, hari ni sessi abseiling...maka bersiap-siap ke kampus..
Lewat sikit coz baru habis duty...maklumlah orang paling sibuk di Ampang tapi indek jenayah naik juga...mcm2 cara diguna tapi tak berjaya....ingat nak minta tolong Ustaz kat Darul Syifa laa?????

Sayup tengok kwn2 kat atas dan tengok fasi buat demo...ok je...respect la lu orang...
Maka sorang demi sorang turun, nak gelak pun ada tapi tak berani sebab sendiri pun tak lepas lagi....ada pulak tu yang gatal mulut usik macam-macam, mercun dah order tak ambil lagi, tinggi la dan pelbagai lagi yang boleh collapse kalau ada sakit jantung...

Maka sampai la giliran, setelah dipasang peralatan yang sepatutnya, maka turun la dengan bantuan fasi serta muka yang macho dan putih tapi tak pakai bedak!!!!!control juga.Alhamdulillah sampai juga dengan selamat...tapi Tuhan saja yang tahu, macammana panasnya tali tu kena kat badan...ada pulak tu yang gatal mulut buat Spiderman la...dah jejak kaki kebawah, baru la boleh senyum penuh kepuasan...berjaya!!!!
Yang lawak, ada kawan yang kata dia ok, tapi tangan dok terketar2 lagi...tak tau apa yang ok nya..majoriti muka masing2 waktu tu macam pakai bedak, putih sakan!!!!! yang lembik lutut pun ada tak boleh berdiri...hmmmm itu lah cabaran dan dugaan namanya. tapi salute pada Brader Joe, Rino, Harun Bai yang buat lain dari yang lain...yang selebihnya termasuk penulis blog ni...mcm biasa la...terjun botol????

Jutaan terima kasih kepada Lecturer En. Hisyam, brader fasi spt. En. Mazlin, Yazir, Hisyam, Hazriq,Darsi dan ramai lagi yang banyak membantu memberi motivasi, bantuan dan usikan....jasa dikenang.......
Lepas ni kalau  pergi serbuan apartment atau kondo kat ampang, boleh la pinjam peralatan abseiling, baru grand sikit..tak la asyik pecah pintu je.....he..he...

Akhir kata, Selamat Menyambut Hari Rayaaaa...Maaf Zahir & Batin kalau ada yang terasa semasa menulis pengalaman yang indah di blog ini.....lupa pulak saya, kalau ada sesiapa yang pergi ketempat abseiling tu...inform dengan bahagian maintenance bangunan, minta check balik besi palang tempat nak turun kat tingkat 11, tngok hari tu macam nak tercabut kena pegang oleh makcik dan pakcik yang nak turun, bukan apa takut besi tu jatuh kebawah je....he..he...naya orang lain???? Maaf sekali lagi...

Kelas 30/8/2009

Salam....
Kelas pada 30/8/2009, sesuatu pelajaran yang baru iaitu mengenal peralatan yang abseiling yang serba canggih, maklumlah ia melibatkan nyawa dan berisiko tinggi sekiranya tidak menepati piawaian ISO 9002!!!
Silap hari bulan, boleh jadi Superman kalau silap pasang....tapi insyaalah semuanya menepati piawaian yang ditetapkan....
Maka pelbagai peralatan dan kelengkapan di tunjukkan dan diterangkan kegunaannya pada sessi tersebut...memang menarik tetapi bila dihujung kelas, dimaklumkan bahawa akan buat sessi praktikal tersebut di tingkat 11, bangunan Fakulti Kejuruteraan, ALAMAK.....tak boleh diskaun ke!!!!!!
Maklumlah, dalam air insyaalah boleh lagi, kalau bab tinggi ni, dah lama tinggal dan bersara......

Semuga apa yang dirancangkan akan berjalan dengan lancar....Selamat Berpuasa...

Tuesday, August 25, 2009

Masih Dalam Rehab....

Salam....

Hari ni hari ke 2 mula bertugas spt. biasa dengan keadaan yang sibuk dan masih belum pulih lagi dari selsema dan batuk tapi apa nak buat, tugas dan tangung jawab mesti dilaksanakan.
Terpanggil juga untuk membaca blog rakan2 yang lain, pelbagai cerita dan pengalaman semasa di Pulau Kapas dari perjalanan pergi, semasa Final Camp dan perjalanan balik, banyak cerita, luahan, pahit getir, kenangan manis dapat dikongsi bersama semasa Final Camp tsbt. Banyak pengajaran dan pengalaman dapat diperolehi semasa di Pulau Kapas, mengajar kita erti kesusahan, kerjasama, setiakawan dan banyak lagi yang tidak ternilai diperolehi semasa disana.
Saya amat teruja bila mengenangkan pengalaman yang banyak diperolehi semasa disana, walaupun dah berusia dekat separuh abad, banyak benda yang di perlu dipelajari, betul kata orang2 tua, jauh perjalanan luas pemandangan,banyak pengetahuan....walaupun perjalanan ke Pulau Kapas tapi kira jauh laaa tu...tempat lain tak tau lagi mcm mana cabarannya.
Kadang2 duk di Ofis, senyum sorang2 bila teringatkan perkara2 yang manis seperti masa water confidence, capsize, tracking, survival dll....teringatkan semangat setiakawan dan kerjasama melalui saat-saat getir?????
Akhir kata kita manusia yang kerdil tidak lari dari melakukan kesilapan dan kesalahan samada yang nampak atau tidak, saya memohon maaf di Bulan Ramahdan yang mulia ini......
Salam Ramadhan Al Mubarak dan Selamat Berpuasa untuk Muslimin dan Muslimat, semuga amal Ibadat kita mendapat keberkatan dari Allah s.a....Amin

Thursday, August 20, 2009

Pulau Kapas...Cabaran dan Dugaan....

Salam,

Hari ni tak buat apa2 pun, rehat dan memulihkan diri yang keletihan dan x berapa sihat.

Pengalaman Final Camp di Pulau Kapas amat hebat dan menyeronokkan, pelbagai cabaran dan dugaan yang dihadapi dapat diatasi walaupun kesihatan tidak mengizinkan.
Hari pertama dah mcm2 kena, banyak benda yang perlu dibuat, dikerah dan perlu disiapkan, letih tak boleh cerita tetapi melihat semangat rakan yang lain membuatkan saya lebih kuat...

Paling menyeronokkan bila aktiviti bermula dengan tracking yang mana kena panjat bukit, tracknya mendongak sampai lutut nak kena dagu laaa, Water Confidence tak kurang hebatnya kerana ada yang kena sengat obor2 sampai Cik Mazlin nak beri bantuan pun x jadi...sebab 18SX....yang kena cucuk dgn landak laut tak boleh kira la sampai x cukup limau nak sapu, tembikai pun jadi la, sessi berkayak tentu mencabar mengelilingi pulau dan capsize yang penuh cabaran. Sessi survival lah yang paling teruja kerana banyak pengalaman yang diperolehi sepanjang malam, ada yang seronok dengar muzik yang tidak henti oleh ungas hutan dan manusia, terjumpa mcm2 dan akhirnya semuanya selamat...alhamdulilah.

banyak benda sebenarnya yg hendak dikongsi bersama samaada pahit, manis, getir dan mencabar...insyaalah dilain masa.

Jutaan terima kasih kepada En. Hisyam, En. Ali dan En. Din yang setia bersama kami tanpa mengira masa, tenaga dan penat...Fasi yang yang lain seperti Cik Mazlin, Yazilah, Ina, Yazir, Darsi, Shaun, Hisyam dan ramai lagi...jasa mu tetap dikenang...

Insyaalah kita akan berjumpa lagi.....Wasaalam

Friday, August 14, 2009

Pening.....

Salam

Pagi ni dah nak bertolak ke Outdoor Camp, masih pening lagi nak buat persiapan coz first time....tak tahu apa nak bawa, takut terlebih atau terkurang!!!!!

Baru balik dari kerja yang tak pernah habis...tak tahu la bila dunia nak aman dan kami semua tidak ditekan oleh boss dan public.

Mujurlah isteri yang tersayang banyak membantu dari segi persiapan peralatan, kalau tak...hmmm, banyak pengorbanannya yang tidak ternilai sepanjang pengajian yang mecabar.

Apa pun itu adalah cabaran dan pahit getir yang dilalui ini ada hikmahnya nanti..Insyaalah.

Semuga perancangan Outdoor Camp ini akan berjalan dengan lancar dan jaya..Insyaalah.

Wasalam

Monday, August 10, 2009

Cabaran

Salam....

Semalam 8/8/2009, acara berkayak amat menyeronokkan walaupun di tasik tetapi amat teruja walaupun bukan cabaran yang sebenar. Ianya mengajar kami bagaimana semangat pasukan, kesabaran dan kepayahan akan dapat diatasi dengan tunjuk ajar dan guide line dari lecturer, senior dan rakan sekelas.
Kadang-kadang bila fikirkan dengan usia yang matang dan kudrat yang kurang, tak larat nak berkayuh. Tetapi dorongan dan tunjuk ajar dari lecturer, senior dan melihat rakan-rakan yang lain, sama-sama bersusah payah terutama bila capsize, impian akan menjadu kenyataan tetapi hendaklah tabah, jangan cepat putus asa dan ikut arahan yang diberikan.
Lawak juga bila lihat Harun Bai dan Rino yang lebih awal lagi volunteer untuk capsize, tetapi bila kena pada diri sendiri, huuuuh...Tuhan saja yang tahu bagaimana perit dan getir untuk naik semula ke kayak...itupun setelah dibantu oleh rakan yang lain.
Kepada 6 pelajar PLK yang join sekali, saya amat gembira kerana dapat bertemu dengan anda, sekurang-kurang dapat kenal dengan student yang lain. Taklah duduk di kelompok PLK PDRM jeeeee....
Untuk Lecturer En. Hisyam yang tidak mengenal penat lelah mengajar kami yang matang dan berusia, pelajar-pelajar Degree serta yang terlibat pada sessi tersebut, saya ucapkan jutaan terima kasih atas sokongan dan bantuan anda dan jangan la give up kalau bersama kami....
Akhir sekali masih kekal dengan lagu Menghitung Hari untuk ke OutDoor Camp......harap semua berjalan lancar seperti yang dirancang dan berakhirnya dengan jaya dan selamat...Insyaalah.
Jumpa lagi.......

Friday, July 24, 2009

PLK

Salam, masih kekal dengan lagu MENGHITUNG HARI untuk ke OutDoor Camp.........