Friday, October 30, 2009

Explore Pulau Kapas Experience Challenge 2009

Salam...
Ingin kongsi bersama pengalaman semasa trip ke Pulau Kapas yang mencabar dan meninggalkan banyak kenangan kepada saya dan juga student yang lain terutamanya PLK-PDRM...rasanya??? Sebelum pergi, banyak juga yang diperkatakan dan diwar-warkan tentang keseronokan dan keindahan tempat yang kami akan pergi, maklumlah tak pernah sampai kesana, maka lagu 'Menghitung Hari' sentiasa jadi lagu wajib bagi saya...maka persiapan seadanya dibuat oleh saya untuk mengharungi dan menghadapi cabaran yang akan menanti....

14/08/2009 Jumaat
Hari perasmian program diadakan di Fakulti FSR pada jam 0900 yang mana semua peserta terlibat serta pegawai dan fasi berada untuk mendengar amanat. Wakil dari PDRM iaitu DSP Azlan hadir mewakili ACP Rosniah serta barisan Lecturer ada pada majlis tersebut. Semua peserta memakai pakaian yang seragam termasuk student Full Time Degree, PLK PDRM dan E-PJJ. Selesai upacara, kami semua menuju ke Stor FSR untuk loading barang-barang kedalam Lori yang disediakan. Selesai tugas, saya bersama rakan-rakan balik ke rumah untuk membuat persiapan akhir sebelum berkumpul di Pulapol KL kerana kami akan menggunakan bas PDRM bagi perjalan tersebut. Jam 1800, kami telah siap menaiki bas dan bertolak ke Terengganu dan cabaran pun bermula.....dalam perjalanan pelbagai ragam dan keletah, maklumkan ada yang 1st time nak ke pulau...apa pun, ramai juga yang tidur...mungkin nak kumpul tenaga setelah seharian kepenatan...sepanjang perjalanan 2 kali berhenti iaitu di Hentian Temerloh dan Kemaman untuk mengisi makan minum dan pelbagai, maklumlah orang lama...

15/08/2009 Sabtu
Jam 0100 kami sampai di Balai Polis Marang, tempat tidur kami ialah di Surau yang telah diuruskan oleh Ketua Kelas, SM Fauzi..alhamdulilah walaupun disurau, tetapi dapat juga kami melelapkan mata dan berehat ..jam 0600 setelah selesai solat, kami bersarapan dan siap untuk ke Jeti Perikanan Cendering dimana bot Polis Marin akan mengambil kami disana. Lebih kurang jam 0830 kami sampai di Jeti Cendering dan menunggu kumpulan yang lain.Kemudian kumpulan yang lain tiba bersama Lecturer dan Fasi. Setelah Lori tiba, bersama yang lain memunggah barang-barang dan peralatan didalam 4 buah Lori...boleh tahan juga penatnya...tapi semangat kerjasama yang ditunjukan, kerja yang berat menjadi ringan..lebih kurang jam 1100, bot Marin yang dinanti tiba dan kami memunggah barang-barang kedalam bot dan juga. Ada 2 buah iaitu PX dan Penyengat, 2 trip juga lah untuk mengangkut kami dan barang...Sayan dan beberapa orang yang lain naik trip yang terakhir untuk memastikan tiada barang yang tinggal. Sampai disana, bot tidak dapat berlabuh ditepi kerana air cetek dan akan merosakkan karang, terpaksa tukar bot yang kecil untuk kedaratan..sampai disana kami membuat persiapan sepatutnya seperti yang diarahkan oleh Fasi dan Lecturer.. nama-nama pada masa tersebut banyak yang tak tahu kerana baru first time jumpa, apa pun pelbagai arahan di beri untuk melancarkan persiapan...boleh tahan juga penatnya..dan akhirnya setelah selesai, baru masuk kekhemah yang ditetapkan..dan makan malam juga disediakan, seronok juga kerana makan dalam satu dulang berkongsi..satu pengalaman baru....malanya ada majlis solat dan bacaan Surah Yassin bagi memohon kepada Yang Maha Esa agar segala yang kami rancang berjalan dengan lancar. Sessi taklimat juga diberi  tentang program semasa dan akhirnya kami tidur lena sebab penat sangat....