Sunday, November 1, 2009

Pulau Kapas Explore..Part 2

16/08/2009 Ahad

Seawal pagi bangun setelah malam tadi ada sessi 'ice breaking' dan team introduction.
Pagi ini program kami adalah Navigation dimana kumpulan kami akan diberi check point yang tertentu dan diberi kompas untuk sampai kesetiap check point dengan diselia oleh seorang fasi, Group kami di selia oleh Cik Hisyam yang really supportive and understanding, orangnya kecik je.
Bermula dari tapak perkhemah, kami di suruh menghala ke jeti dan terus menaiki bukit untuk ke Teluk berakit, boleh tahan treknya kerana naik turunbukit laa..tapi berkat kerjasama, sampai juga ke tempat tersebut, seterusnya ke checkpoint ke dua iaitu Rumah Api, sekali lagi terpaksa meredah bukit dan hutan, sampai juga dan balik semul ke khemah. Penat tak tahu nak cakap tapi enjooy...
Setelah makan tengahari, kami dimaklumkan untuk bersiap bagi program ' water cinfidence''' puuh, masing-masing pun mengambil PFD masing2 serta siap untuk di campak ke tengah laut yang sayup dan gelap airnya..
Tiba giliran kami, iaitu saya, Kirai, Sapia dan Atikah menaiki bot terus ketengah laut dan di suruh terjun dekat dengan penanda di tengah, maka sessi Water Confidence pun bermula, maka kami berempatpun berenang la hingga sampai ke tepi, lebih kurang 2 jam juga untuk sampai dengan muka yang kepenatan, kelihatan Cik Ali menunggu di pantai, lega juga juga tidak ada perkara buruk yang terjadi...cuma kena cucuk dengan landak laut je, ingatkan tak ada apa2 tapi malam tu demam teruk, flat terus....so tak dapat join management games iaitu lemak manis...

17/08/2009 Isnin

Pagi hari setelah sarapan, bersiap untuk program kayak, setelah semua ada, diberi penerangan oleh Fasi, group kami pun berkayak keliling pulau, pengalaman baru kerana tak pernah lagi, maca-macam ada, yang kayuh hilang arah pun ada, akhirnya sampai ke Teluk Berakit dan acara snorkling pula, disitu kami dapat melihat keindahan karang dan ikan. Kemudian sambung lagi kayuhan dan berhenti seketika, bila sampai betul2 ditengah laut, kami diarahkan untuk Capsize, fuuuh...penat juga kerana diberi masa dan setelah kali kedua baru la layak. Maka kami pun sambung la kayuhan ke tepi pantai tempat perkhemahan... penat tak boleh nak kata tapi enjooy.
Program yang seterusnya ialah sessi Survival, dengan berbekalkan kelengkapan yang diberi, maka kumpulan kami dihantar kedalam hutan untuk sessi tersebut..macam-macam yang difikirkan kerana terpaksa bermalam dihutan. Alhamdulilah semuanya selamat walaupun ada juga gangguan dari manusia dan entahlah...lawatan dari Lecturer dan Fasi pun untuk memastikan keselamatan kami..Fasi seperti Cik Yazilah, Cik Yazir, Cik Darsi, Lecturer CikHisyam, Cik Din juga datang melawat kami...

18/08/2009 Selasa

Pagi tersebut masih lagi didalam hutan, makan apa yang ada seperti kelapa tua dan umbut selain dari makanan yang dibekalkan dan air yang terhad, kami diarahkan oleh Cik Hisyam untuk keluar dari hutan lbih kurang jam 1300 setelah sessi berkongsi pengalaman kami.. Sampai ditapak perkhemahan, Cik Ali telah menunggu dengan makanan yang amat sedap iaitu bubur, alhamdulilah semuanya selamat dalam sessi tersebut...setelah makan, kami pun membersihkan diri serta membuat persiapan untuk sessi penutup.
Penyediaan makanan amat meriah pada malam tersebut dimana  semua peserta bergotong royong, akhirnya semua siap dan makan. Lepas tu sessi persembahan pula, semua terlibat...dan lewat malam baru la selesai dan ada yang tak tidur, duduk bersembang berkongsi pengalaman.....

19/08/2009 Rabu....
Pagi tersebut masing2 sibuk mengemaskan peralatan dan kelengkapan, satu demi satu khemah di kemaskan. Rasa seronok kerana nak pulang bercampur sayu kerana sessi outdoor dah selesai. Bot Marin pun dah tiba menunggu di jeti untuk memunggah kelengkapan dan barang. Perjalanan kali ni berjalan lancar dengan masing2 penuh ceria walaupun kepenatan..Ada yang basah kerana peluh dan air laut tetapi dimuka masing-masing terpancar rasa kepuasan kerana telah menamatkan sessi perkhemahan dengan jayanya..Alhamdulillah tak ada perkara buruk terjadi. Sampai di jeti Cendering, sekali lagi semangat kerjasama ditonjolkan untuk memungah barang dan kelengkapan ke lori yang sedia menanti...selesai maka kami semua menaiki bas untuk ke Balai Polis Marang untuk membersihkan diri dan makan. Perjalanan dengan menaiki bas PDRM, kami balik singgah makan di Kemaman dan Temerloh.. ada yang tidur dan bersembang tentang pengalaman semasa di pulau...macam2 cerita, ada suka, duka dan kenangan dikongsi bersama...Sampai di Pulapol KL lebih kurang jam 11 malam, semua telah menunggu...

Pulau Kapas...seribu kenangan dicatatkan, suka, duka dan pahit manis ada tetapi banyak pengajaran dan pengalaman dapat diperolehi. Jutaan terima kasih kepada barisan Lecturer seperti Cik Hisyam, Cik Ali dan Cik Norasrudin yang setia bersama kami disepanjang perkhemahan, barisan Fasi seperti Cik Mazlin, Shaun, Yazir, Darsi, Hisyam, John, Yazilah dan lain yang banyak membantu serta Staff FSR seperti kak Rock yang setia melayan karenah kami..Insyaalah sekiranya ada peluang, saya akan mengikuti program Outdoor ni lagi..
Kepada student degree, PLK PDRM dan E-PJJ, salute to you all kerana berjaya menamatkan sessi Outdoor dengan jayanya..Wasalam