Tuesday, October 27, 2009

Rutin Harian....Luahan Hati

Salam....
Tergerak hati saya yang kongsi bersama apa yang saya lalui disepanjang minggu dari 17 - 25/10/2009, pada saya amat menarik memandangkan peperiksaan dah dekat....tapi kerja macam nak mati...
Pada 17/10/2009, saya bersama anggota telah ditugaskan menjaga Kuil Buddha Kau Ang Yah di Bandar Baru Ampang yang mengadakan sembahyang bagi mencuci dosa bagi kaum Cina yang berugama Buddha. ia juga dikenali sebagai Sembahyang 9 Dewa dan dijalankan 17 - 27/10/2009 dimana semua penganut ugama Buddha seluruh negara, Singapura dan Thailand datang untuk membersihkan diri mereka. Ini adalah penugasan pertama kali coz sebelum ni dah ada pengalaman jaga Thaipusam di Batu Caves...Taklimat dan penerangan dari Pegawai Medan diberi tentang perkara yang terjadi sebelum ini dan yang dijangkakan, amat menarik dan mencabar juga dalam hati saya berkata sebab ini lain sikit tugasnya dan tambah lagi satu beban. Sebelum ni dah jaga 2 jawatan iaitu Ketua Cawangan Pencegah Jenayah dan Ketua Cawangan Tatatertib..tugas yang lain kena jalankan juga, tak pe la...

Seawal jam 9pm, lepas raya rumah En. Sadek, terus menuju lokasi...meriah dengan lautan manusia, malam pertama dan  tokong dewa diarak dari Bukit Belacan ke kuil tersebut diringi dengan tarian naga. Macam-macam gelagat orang yang kami jumpa.. Alhamdulillah tak ada perkara buruk terjadi..
Yang nak gelak tu, masa tugas ada yang offer colok cina untuk saya bakar, termenung kejap tapi buat selamba je ambil dan bagi kat orang lain, nak buat mcmana muka dah sama brand mcm dia orang...terpikir juga saya, masjid pun kadang-kadang miss..ni nak pi pulak jaga tempat Cina...dah tugas nak buat mcmmana.
Dan pada malam seterusnya, dah jadi rutin jam 9pm sehingga awal pagi jam 3am ada kat sana. Memang ramai yang datang malam sebab mungkin siang mereka bekerja dan cuaca panas kot..
Yang paling mencuit hati, ada dua perkara iaitu kepala gangster pun datang dengan kumpulannya untuk membersihkan diri juga,,,hai...pandai juga nak buat baik.
Satu lagi yang datang lepas jam 12am hingga 3 pagi, majoritinya GRO dan wanita yang tengah pening keluar dari kelab malam dan pusat hiburan, pakaian tak usah nak cakap mcm tak pakai baju pun ada, nak keluar biji mata tengok walaupun dah pukul 3 pagi.....!!!!!itu hanya selingan dan hiburan masa kerja je...kalau tak tension la. Dalam hati saya berkata, Patut la sami kat dalam tu ketuk gendang dan baca doa kejap kuat, kejap perlahan...mana tak nya mata dah ke lain tengok mcm-mcm ada yang datang, silap hari bulan boleh lucut juga jubah kuning yang dia orang pakai kalau tak kuat.....he..he..

Dalam masa seminggu ni ada juga buat tangkapan, itu pun untuk pencegahan sahaja kerana tugas kali ni amat sensitif, maklumlah dalam kawasan kuil, nanti jadi isu pulak nak sembahyang pun tak boleh....susah-susah????Kalau nak ikutkan banyak yang boleh di cekup masa tu...
Rutin tugas sepanjang minggu ni ada yang menyeronokkan mcm yang dinyatakan tadi tapi yang paling menyakitkan bila team lain yang spatutnya tugas sekali tak nampak batang hidung pun. Sepatutnya ada 4 team yang involve tapi asyik muka kami je kat sana...tak tau lah sebab masa taklimat, semua ketua team ada..lepas tu main wayang mcm bangsawan cina...sakitnya hati bila memikirkan..tapi bos tak nampak sebab masa meeting setiap pagi, masing-masing pandai berlakon..ada juga manusia mcm ni dan hidup pulak tu..kita yang bersengkang mata ni orang tak nampak...
memang tak adil tapi itu la hakikatnya di dunia ni, sape yang pandai berlakon akan hidup laaa..tapi satu je, Tuhan Yang Maha Esa tahu apa yang kita buat.....

Dalam pada tu juga, ada juga call dari Pusat Kawalan untuk bantuan buat follow up dan tangkapan kes menarik, tak tahu laa, dah kena tugas mcm ni pun kena lagi....dah mcm tak ada orang lain yang patut dihubungi...tak kira pukul berapa, yang mereka tau dah maklum dan ada tindakan...itu saje yang bos nak tahu..kalau tak dalam meeting, tahan telinga je la...
Baru sekarang rasa kerja polis yang betul-betul mencabar, macam2 kerenah dan cabaran...pada rakan yang lain, kalau nak rasa betul kerja polis, duk la dalam Cawangan Jenayah, baru ada uumphhh..masa tu baru kita tau masa tu emas coz kalau kita tanguh tak tahu apa yang akan datang lagi...
Salute pada Brother Harun Bai yang dah lama duk cawangan ni....banyak pengalaman...pada yang dah ada elaun Detektif tu, turun la ke ground,  jangan sembang je tinggi tapi duk kat ofis tebalkan mekap?????Pada yang nak rasa macamana yang saya rasa, jangan segan silu, bagi je nama, nanti saya usahakan.........

Hari Jumaat 23/10/2009, baru sampai rumah dari kelas, kena pangil coz anak buah dapat tangkap student Unisel beli pil estacy sebanyak 40 biji, terus menghala coz perlukan pegawai untuk serbuan ke rumah tempat dia beli, tangkap 2 lelaki melayu yang tak sedar diri coz umur dah 60 dan 50 tahun, jadi pengedar pulak..mana tak anak melayu tak rosak, semuanya ambil jalan pintas nak kaya dan jahanam....betul kata Dr. Mahathir, Melayu Mudah Lupa......

Hari Ahad 25/10/09, disamping tugas kuil, saya lead team buat serbuan tempat orang Indon main judi dan laga ayam di Kg. Pandan. Ni pun satu dah la menumpang kat sini, hari-hari berjudi...besar kepala pulak tu..
Lepas taklimat dgn anggota, saya terus menuju lokasi dengan anggota dan senjata tambahan iaitu rotan sorang satu yang ukuran lebih kurang 3-4 kaki panjang sebesar lengan budak..senang nak sesah sebab nak tembak tak boleh.Masuk je ke target, tengok ramai lebih kurang 50 - 60 orang tengah main judi dan lag ayam, fuuuh.... sronok je bila tengok masing2 lari nak selamatkan diri, nak gelak pun ada tengok ada yang panjat bumbung dan pagar...maklumlah orang takut, mestilah lari mcm nak mati..
Hasil serbuan dapatlah tangkap 10 orang, ayam 10 ekor dan 8 biji motor yang tak kunci handle, itu yang kami termampu je tangkap...Sampai diofis, mcm2 talipon masuk dan pak lurah datang nak minta tolong, biasa la dia orang ni bukan boleh bagi muka sangat,,,buat tak layan sebab dia orang tak kenal saya..tu yg bagusnya...Lepas sessi dokumentasi, semua masuk report kecuali ayam je....jadi saya buat keputusan bagi anak buah sorang seekor, suruh bela, ada yang tak nak. So saya bawa balik 3 ekor dan kalau sape yang nak bela ayam laga, inform laaa. Kadang-kadang seronok juga bila ada kejayaan dalam kerja yang dilaksanakan...hilang penat..

Begini la rutin harian saya dalam penugasan..setiap pagi masuk meeting sampai tengahari, ada call kena attend tak kira waktu, masa tidur dan family amat terhad..bukan apa nak kongsi bersama je kesusahan, kepayahan, kesengsaraan dan cabaran di ground...agar satu hari nanti  tuan/puan tak akan menerima kejutan bila bertukar ke Cawangan Jenayah di bandar besar...Lagi satu yang boleh menguatkan semangat saya ialah keluarga yang amat memahami tugas saya terutama isteri, anak-anak serta ibu dan abang. .Mungkin ada hikmahnya disebalik cabaran dan kesusahan yang saya alami...

Pohon maaf sekiranya apa yang diluahkan ini menyinggung perasaan, tetapi ini adalah hakikatnya bila kita di naikkan pangkat, akan memikul tangung jawab yang lebih....cabarannya amat luas dan berat...dimata orang memang seronok bila mendapat kejayaan dalam kerjaya, pelbagai pujian dan ucapan diterima tetapi sendiri yang menanggungnya.....Wassalam

No comments:

Post a Comment